AC Bersama JAM Membantu Mangsa Banjir

AC Bersama JAM Membantu Mangsa Banjir
Image 1

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, kesian melihat keadaan rumah mereka, sedih bila mengenangkan bah yang datang buat kali kedua, ketiga bahkan keempat.

Bertambah pilu lagi kala tetamu tak diundang itu masuk ke rumah dan merosakkan harta benda penduduk. Perabot, katil, karpet rosak teruk. Pekakas elektrik terpaksa dibuang.

Ada orang hubungi kami, dia tanya Al Azhar Care datang tak bantu mangsa banjir di Kemaman. Kami jawab ada, bantuan bahan makanan, sedikit duit belanja dan gotong royong membersih rumah talah diuruskan oleh Ustaz Khairuddin selaku sukarelawan AC di sana.

Turut dibantu oleh teman-taman yang lain, paling penting Jabatan Amal (JAM) juga bergerak seiring dan sejalan bersama kami dalam meringankan beban penduduk yang terjejas.

Sumbangan yang terkumpul dari kalian telah kami sampaikan terus pada yang memerlukan. Tersenyum mereka dan ucapan terima kasih dari mangsa buat semua yang telah menghulur sumbangan.

Ya Allah, besarnya pengorbanan mereka petugas JAM serta sukarelawan yang lain, kerja yang tiada upah, hanya mengharapkan agar semua itu dipandang olehNya dengan pandangan kasih sayang.

Semoga Allah beri kekuatan pada mereka untuk terus istiqamah dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Jom teman kita kongsi rezeki bersama mereka, sila klik link:
https://alazharcare.com.my/donations/miskin-bandar-uam/

Alif Mahari
Aktivis AC
013 9999 894

Bantu Viralkan

Kami sangat menghargai bantuan tuan puan untuk viralkan aktiviti dan program kami agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan